HAMAS: Beratus ribu melepasi sempadan ke Mesir


Selasa, 29/1/08 – DAMSYIK,PIC– Pemimpin kanan Hamas dan juga ahli biro politik pergerakan itu, Sami Khater pada Isnin lalu mengatakan bahawa beratus ribu warganegara penduduk Palestin yang melintasi sempadan ke Mesir adalah tindakan popular sebagai tindak balas akibat kepungan yang tidak adil.

“Ini (penduduk Palestin yang melintasi Mesir) adalah keputusan popular yang diambil semata-mata akibat tindak balas kepada kepungan ekonomi yang intensif yang dikenakan ke atas penduduk Palestin serta mengorbankan lebih kurang 80 orang pesakit Palestin sejak Jun tahun lalu”, Khater mengesahkannya dalam satu kenyataan eksklusif kepada PIC.

Beliau menambah, “Keputusan Israel yang bersifat menindas dengan mengetatkan kepungan di Semenanjung Gaza tidak mendorong negara-negara Arab [untuk menghasilkan keputusan tegas dan berani berikutan langkah Israel itu], dengan itu menggalakan penduduk Palestin untuk melintas masuk ke Mesir bagi mencari ubat-ubatan, makanan dan keperluan-keperluan lain”.Beliau juga menerangkan satu delegasi daripada Hamas dijadual melawat Kaherah sebelum ini, walau bagaimanapun, beliau menambah dalam suasana politik rantau ini selepas persidangan yang dianjurkan AS di Annapolis dan lawatan presiden AS, George W Bush ke sini telah menangguhkan lawatan tersebut

Tetapi belaiu mengesahkan lawatan delegasi Hamas ke Kaherah yang ditetapkan pada Rabu ini akan diteruskan sepertimana yang dijadualkan, dan yang terbaru Mesir telah menghantar isyarat positif untuk penduduk Palestin.Presiden Mesir, Husni Mubarak secara terbuka mengisytiharkan bahawa Mesir tidak akan terima sekiranya penduduk Palestin kebuluran dan beliau meminta Hamas dan Fatah memulakan dialog untuk menamatkan kebuntuan politik di Palestin.

Tetapi Khater tidak mahu Mesir bertanggung jawab terhadap Gaza, bahkan kerajaan Israel sepatutnya yang bertanggungjawab terhadap Gaza kerana ia terletak di bawah Israel dan tanggungjawab itu tidak akan berakhir melainkan pencerobohan Israel juga berakhir.Dalam pada itu, Fawzi Barhoum, jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza menekankan yang perjanjian sempadan yang ditandatangani oleh PA dengan Israel secara umumnya merupakan perjanjian keselamatan yang memenuhi kepentingan Israel.

“Perjanjian sempadan telah tamat dan berkubur selamanya, oleh itu adalah rasional untuk menyusun semula sempadan terbabit kerana ia adalah sempadan Palestin-Mesir yang per dijauhkan dari campur tangan asing”, Barhoum menekankan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.