Hamas: Kami Tidak Benarkan Pintu Masuk Rafah Ditutup Semula


Selasa, 29/1/08 – Gaza: Hamas menegaskan bahawa bangsa Palestin tidak akan membiarkan pintu masuk Rafah ditutup semula, walau berapa harga yang harus dibayar.

Jurucakap gerakan Hamas Dr. Sami Abu Zuhri dalam sidang akhbar, Isnin malam (28/01) mengatakan, “Hamas menegaskan kepada semua pihak yang terlibat bahawa gerakannya dan bangsa Palestin tidak akan membiarkan keadaan gerbang Rafah kembali seperti sebelumnya walaupun berapa harga yang harus dibayar.”

Abu Zuhri mengisyaratkan bahawa Hamas sedar adanya tekanan dan usaha yang dilakukan Amerika, Israel dan pihak Autoriti Palestin (AP) di Ramallah untuk mengembalikan hegemoni penjajah terhadap pintu masuk Rafah, seterusnya pihak tersebut ingin mengawal kembali gerbang Rafah. “Kami tidak akan membiarkan mana-mana pihak mengembalikan bangsa Palestin berada dalam sangkar isolasi sekali lagi,” katanya.

Abu Zuhri menyeru bangsa Arab dan Islam untuk meneruskan tindakan bersatu-padu dalam menghadapi konspirasi dan sekatan Zionis Israel terhadap Genting Gaza. Beliau mmenegaskan bahawa Salam Fayad, yang diangkat Abbas sebagai ketua pemerintahan illegal di Ramallah tanpa mendapat persetujuan dari dewan legislatif Palestin, sama sekali tidak mewakili sesiapa kecuali dirinya sendiri. Beliau tidak layak bercakap mewakili bangsa Palestin.

Menurutnya, “Fayad bukan hasil pilihan rakyat tetapi boneka yang diletakkan oleh pemerintah Amerika dan penjajah Zionis Israel. Oleh itu, tidak mungkin kami menerima apa yang disampaikan. Kami menolak respon dari pihak manapun atas usul-usul yang disampaikan.”

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.
One Comment

Comments are closed.