Lintasan sempadan Rafah mestilah kekal sebagai Palestin-Mesir


Rabu, 30/1/08 – GAZA, (PIC)– Penggubal undang-undang Palestin di Semenanjung Gaza telah mengesahkan Selasa lalu bahawa lintasan sempadan Rafah mestilah kekal sebagai Palestin-Mesir sahaja dan tidak boleh jatuh di bawah kawalan Israel dan menerima apa-apa gangguan.

Kenyataan ahli parlimen itu dipetik semasa sidang akhbar yang diadakan di sempadan Rafah bagi menghargai langkah terbaik yang diambil oleh kerajaan Mesir terhadap penduduk Palestin di Semenanjung Gaza dan membenarkan warganegara Palestin untuk melintas masuk ke Mesir bagi beli ubat dan makanan selepas Israel menutup semua jalan keluar dari Gaza.

“Ini merupakan satu keputusan bersejarah yang menunjukkan azam Mesir bagi memecahkan sekatan ekonomi yang kejam di Semenanjung Gaza serta membiarkan 1.5 juta rakyat Palestin berlapar di sana”, kata Dr. Ahmad Bahar, speaker parlimen Palestin yang menyertai sidang itu.

Beliau juga merayu kepada kepimpinan Mesir agar segera menyelesaikan dilema beribu-beribu warganegara Palestin yang sakit dan membenarkan mereka menerima rawatan perubatan di hospital-hospital Mesir.Dalam pada itu, Bahar menekankan masalah beribu-beribu pelajar dan pekerja Palestin yang bersekolah dan bekerja di negara-negara Arab dan asing dengan mendesak pihak berkuasa Mesir untuk membenarkan mereka dilepaskan ke negara asal mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.