Zionis Culik Warga Palestin Dalam Kempen di Tebing Barat

Selasa , 01-09-2020 –  Rejim Zionis pada waktu subuh dan malam hari Khamis telah menculik beberapa warga Palestin semasa serbuan di kawasan kediaman di beberapa tempat  yang berlainan di Tebing Barat.

Rejim Zionis pada waktu subuh dan malam hari Khamis telah menculik beberapa warga Palestin semasa serbuan di kawasan kediaman di beberapa tempat  yang berlainan di Tebing Barat.

Menurut sumber tempatan, rejim Zionis telah menyerbu Rujeib di Nablus dan menyerbu kediaman Khalil Duweikat, warga Palestin yang terlibat dalam kejadian tikaman maut di persimpangan jalan di luar pinggir bandar Tel Aviv, Petah Tikva pada hari Rabu.

Sumber yang dipercayai mengatakan bahawa rejim Zionis telah menyoal siasat anggota keluarga Duweikat, merampas telefon bimbit mereka dan menanda rumah mereka sebagai persediaan untuk merobohkannya sebagai tindakan hukuman.

Di Bethlehem, rejim Zionis menyerbu kawasan kejiranan di bandar itu dan menculik seorang kanak-kanak berusia 17 tahun bernama Omar Abu Ammar dan seorang remaja yang cedera bernama Na’eim Abu Ahour.

Abu Ahour mengalami kecederaan akibat terkena peluru kira-kira seminggu yang lalu ketika seorang tentera Israel menembaknya dekat Masjid Bilal Ibn Rabah di pintu masuk utara ke Bethlehem.

Di al-Khalil, rejim Zionis menyerbu kem pelarian al-Fawwar dan menculik seorang warganegara yang dikenali sebagai Iyad Abu Hash’hash.

Rejim Zionis juga menceroboh dan menggeledah beberapa rumah semasa kempen di kem al-Fawwar dan bandar Yatta.

Di Ramallah, rejim Zionis menyerbu kota Qarawat Bani Zeid dan Beit Liqya dan menculik dua warga dari rumah mereka.

Seorang warganegara lain juga turut diculik dari rumahnya semasa kempen Zionis di bandar Jinsafut, timur Qalqilya.

Rejim Zionis juga menyerbu beberapa kawasan lain di Tebing Barat, tanpa membuat sebarang tangkapan. Pertembungan dilaporkan berlaku antara belia tempatan dan tentera Israel di beberapa kawasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul