Hamas: Pidato Mladinov Ubah Penjajah Israel Menjadi Mangsa

Selasa , 01-09-2020 –  Hamas mengecam pidato kordinator proses perdamaian di Timur Tengah, Mladinov, di depan Dewan Keamanan PBB yang melayan kepentingan penjajah Israel dan menampilkannya sebagai mangsa.

Anggota biro hubungan antarabangsa Hamas, Basim Naim menyatakan, “Kami dikejutkan dengan pidato negatif tuan Mladinov, kordinator proses perdamaian di Timur Tangah di hadapan sidang Dewan Keamanan PBB berkaitan keadaan terkini di wilayah Palestin secara umum dan Gaza secara khususnya.

Beliau menampilkan realiti yang melayani naratif penjajah Israel dan mengubahnya dari pihak yang zalim dan pelaku keji menjadi mangsa serta mengabaikan kenyataan yang tidak mungkin tokoh seperti beliau melakukannya.”

Dalam keterangan akhbar Naim menyebutkan, Gaza merupakan kawasan terjajah menurut undang-undang antarabangsa, dan Israel merupakan pihak yang melakukan penjajahan serta bertanggung jawab menurut undang-undang antarabangsa berkait kehidupan warga awam di kawasan ini, dan memenuhi semua keperluan hidup mereka.

Menurut Naim, sebab krisis kemanusiaan di Gaza adalah penjajahan Israel yang terus berlanjut lebih dari 5 dekad dan sekatan ketat yang dilakukan Israel lebih dari 14 tahun telah mengubah Gaza menjadi penjara besar. Israel berusaha menghapuskan kewujudan Hamas yang telah dipilih majoriti bangsa Palestin.

Semua bentuk perjuangan yang dilakukan bangsa Palestin merupakan hak yang diakui dan dijamin undang-undang antarabangsa.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman