Konspirasi Baru Amerika–Israel Hancurkan Hamas


Rabu, 30/1/08 – Gaza: Gerakan Hamas mengecam keras penglibatan presiden Autoriti Palestin (AP) Mahmud Abbas melalui pertemuannya dengan pihak Israel dalam konspirasi yang dirancang Amerika Syarikat dan Israel dalam mmenjayakan rangkaian rancangan menghancurkan Hamas dan menyingkirkannya dari dunia Palestin.

Jurucakap Hamas, Fauzi Barhum menegaskan bahawa pertemuan Olmert, Abbas dan jeneral tentera Amerika, Frizer (pelaksana Peta Jalan Damai sebelum Abbas ke Kaherah) dijadualkan diadakan Selasa ini, untuk membincangkan pembebasan sekatan merupakan pertemuan untuk membincangkan konspirasi yang dirancang Amerika dan Israel untuk menghancurkan Hamas dan menyingkirkan gerakan ini dari isu Palestin.

Pertemuan tersebut bertujuan memperketatkan sekatan terhadap Gaza dan memperkeruhkan pandangan politik rakyat Palestin terhadap Hamas serta menghentikan hak perjuangan rakyat. Rancangan Amerika dan Israel ini akan direalisasikan oleh pihak Autoriti Palestin (AP) dan pemerintahan Fayyad.

Pertemuan itu juga mengungkap penglibatan pihak AP dalam rancangan Israel untuk menguasai pintu masuk Rafah. Barhum menegaskan, rancangan itu amat berbahaya terhadap rakyat Palestin. Hamas memberikan penghargaan kepada bangsa Arab dan negara Islam yang masih konsisten memberikan sokogan dan dokongan kepada rakyat Palestin yang memperjuangkan bumi Palestin.

Hamas juga meminta Mesir untuk berganding bahu dengan rakyat Palestin, menolak sekatan Zionis Israel serta beusaha mengawal dan menguasai perlintasan (pintu masuk) Palestin-Mesir tanpa campurtangan dan gangguan pihak luar.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.
One Comment

Comments are closed.