PPS: Penahanan Tareq Rajabi Sebabkan Keadaan Kesihatan Merosot

Rabu , 02-09-2020 –  Persatuan Tawanan Palestin (PPS) mengatakan bahawa keadaan kesihatan tahanan Palestin Tareq al-Rajabi, dari bandar al-Khalil, adalah semakin merosot berikutan penahanannya baru-baru ini.

Menurut PPS, baru-baru ini tahanan Rajabi telah menderita masalah teruk di kelenjar pituitari, tetapi keperluannya untuk rawatan perubatan yang teratur dan tepat telah terganggu ketika pasukan rejim Zionis menahannya enam hari lalu.

PPS menegaskan bahawa walaupun keadaan kesihatan Rajabi yang kritikal, pihak Israel tetap menahannya di bahagian transit penjara Ofer, di mana kes COVID-19 telah muncul di kalangan tahanan akhir-akhir ini.

PPS telah meminta pembebasan segera Rajabi serta semua tahanan yang menhidapi masalah kesihatan yang kronik dan serius, terutamanya setelah sebilangan tahanan diuji positif koronavirus di dalam penjara Israel.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul