Jihad Islami: UAE benarkan Israel memasuki wilayah Arab

Rabu , 2-9-2020 –  Gerakan Jihad Islami menyatakan Emiriah Arab Bersatu (UAE) bertanggungjawab sepenuhnya kerana membenarkan rejim Israel memasuki wilayah Arab dan negara Islam.

Dalam kenyataan akhbar pada Selasa, ahli kanan Jihad Islami Khader Habib memberi amaran tentang cita-cita Zio-Amerika di wilayah itu, dan menyifatkan Israel seabagai wakil utama AS dan projek koloni besar-besaran yang menyasarkan wilayah Arab dan Islam.

Habib menyatakan yang tindakan AS di wilayah itu sekarang bertujuan membuatkan negara-negara Arab lain menormalisasikan hubungan dengan rejim dan membuat perjanjian yang akan mengancam wilayah Arab dan Islam.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : nur idawati