Zionis Kenakan Perintah Berkurung di Kisan, Bethlehem

Jumaat , 04-09-2020 –  Rejim Zionis pada hari Isnin lalu telah mengenakan perintah berkurung di perkampungan Kisan di Bethlehem timur dan menyerang penduduk tempatan.

Timbalan ketua kampung Ahmed Ghazal mengatakan bahawa sejumlah besar tentera Israel telah menyerbu Kisan, berpecah-pecah di seluruh pelusuk jalan dan mengumumkan perintah berkurung melalui pembesar suara.

Ghazal menambah bahawa anggota tentera telah menghalang penduduk tempatan di jalan-jalan kampung, dan menahan mereka selama berjam-jam serta menyerang mereka secara fizikal.

Dia menegaskan bahawa orang awam dan harta benda mereka di Kisan sering terdedah kepada pencerobohan dan tindakan agresif oleh peneroka haram dan tentera Yahudi.

Baru-baru ini, segerombolan peneroka haram telah menganjurkan perarakan bersifat provokatif di dalam kampung. Anggota tentera juga telah menyerang gembala tempatan dan menghalang mereka daripada menghampiri jalan berhampiran kampung mereka.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul