Pertemuan Pimpinan Faksi Palestin: Jawatankuasa Dibentuk Untuk Menamatkan Perpecahan

Isnin , 07-09-2020 –  Pertemuan para pemimpin faksi-faksi Palestin pada Khamis 3/9, mencapai keputusan untuk membentuk jawatankuasa bagi membincangkan visi menamatkan perpecahan dan menyumbang dalam wadah organisasi pembebasan Palestin.

Cadangan pertemuan yang dibuat bersama di Ramallah dan Beirut bersetuju untuk hidup dengan satu sistem politik, satu otoriti dan satu undang-undang.

Disebutkan bahawa jawatankuasa pembangunan akan mula bekerja dalam tempoh lima minggu untuk menjayakan misi pertemuan ini.

Dalam konteks berkait, semua pihak Palestin menolak sebarang projek yang berusaha menghapus isu Palestin.

Ketua otoriti Palestin Mahmud Abbas mengatakan di akhir pertemuan bersama pemimpin faksi-faksi Palestin, “Beberapa jawatankuasa telah dibentuk dan disepakati untuk menghadapi sejumlah momentum.”

Mulai hari ini, faksi-faksi Palestin akan terus membentuk jawatankuasa untuk memulakan kerja mereka. Tidak boleh ada pihak  memonopoli keputusan yang telah dibentuk jawatankuasa tersebut, ungkap Abbas.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman