Rejim Zionis Lucut Kewarganegaraan Bekas Tahanan Baitulmaqdis

Isnin , 07-09-2020 –  Rejim Zionis pada pagi Khamis lalu telah menyerahkan keputusan bertulis kepada Salah al-Hamouri untuk melucutkan dokumen kewarganegaraan Baitulmaqdis beliau.

Amjad Abu Asab, ketua jawatankuasa keluarga tahanan Baitulmuqaddis, mengatakan bahawa Rejim Zionis telah memberitahu Hamouri, seorang warga asal Baitulmaqdis, bahawa dia akan dilucutkan dokumen kewarganegaraannya dan hak tempat tinggalnya, dan memberinya 30 hari untuk membantah tindakan tersebut.

Hamouri menghabiskan kira-kira lapan tahun di penjara Israel kerana kegiatan bantahan damainya menentang penjajahan Israel. Dia berkahwin dengan seorang wanita Perancis yang telah dihantar pulang oleh Israel pada tahun 2016.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul