Rejim Zionis memaksa keluarga warga Baitulmaqdis untuk merobohkan kedai mereka

Khamis , 10-09-2020 –  Pihak berkuasa Israel (IOA) memaksa keluarga warga Baitulmaqdis untuk merobohkan lima buah kedai mereka di Jabal Mukabbir di sebelah tenggara Baitulmaqdis dengan alasan tiada lesen.

Abed Sarry, salah seorang pemilik kedai, mengatakan bahawa perbandaran Israel memaksa dia dan keluarganya untuk merobohkan kedai-kedai yang menjadi punca pendapatan mereka walaupun telah sepuluh tahun berusaha untuk mendapatkan lesen.

Dia mengatakan bahawa keluarga itu membina kedai-kedai itu empat tahun yang lalu setelah usaha berterusan mendapatkan lesen gagal, dan menambah bahawa mereka didenda 60,000 shekel, yang masih mereka bayar hingga sekarang secara ansuran.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nurul