Hanna: Mempertahankan Baitulmuqaddis adalah tanggungjawab kemanusiaan, spiritual dan patriotik

Khamis , 24-09-2020 –  Father Atallah Hanna telah menekankan kepentingan mempertahankan Baitulmuqaddis dan kawasan-kawasan sucinya, menyifatkan ia sebagai tanggungjawab kemanusiaan, spiritual dan patriotik.

“Para anak lelaki dan perempuan kota suci merasa berbesar hati untuk melaksankan tanggungjawab demi rakyat dan bangsa. Mereka berada di barisan hadapan dalam mempertahankan Baitulmuqaddis, kawasan-kawasan sucinya dan harta tanah yang menjadi sasaran dan dicemari,” Bapa Hanna, Uskup Agung Gereja Ortodoks Palestin di Baitulmuqaddis berkata dalam kenyataan akhbar pada Isnin.

“Kami sedang melalui detik sukar di mana ia telah menjadi satu keperluan untuk menitikberatkan kepentingan kesatuan, kerjasama dan komunikasi Muslim-Kristian kerana mereka yang menyasarkan kota suci Islam adalah mereka yang sama menyasarkan harta tanah Kristian,” beliau menambah.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati