Israel Keluarkan Keputusan Militan untuk Kuasai Tanah di Tengah Hebron

Jumaat , 25-09-2020 –  Pihak Otoriti penjajah Israel mengeluarkan keputusan ketenteraan untuk menguasai kawasan tanah di tengah kota Hebron yang diduduki penjajah Israel.

Penjajah Israel mengeluarkan peta menunjukkan wilayah yang menjadi sasaran dengan warna merah dan melampirkan bersama peta tersebut keputusan ketenteraan yang menegaskan penyitaan hartanah penduduk untuk “tujuan keamanan”.

Aktivis Issa Amr, Ketua Perhimpunan Pemuda Anti Penempatan Israel, menjelaskan bahawa keputusan militan Israel tersebut mencakupi 17 lokasi di Tel Rumeida dan jalan Syuhada, serta sekitar penempatan Kiryat Arba, di daerah yang diklasifikasikan sebagai H2 menurut Perjanjian Oslo.

Issa Amr menambah,luas tanah yang menjadi sasaran mencapai 3807 meter persegi, terletak di kawasan yang sangat penting di pusat Hebron.

Pengambilalihan tanah ini bererti sekatan lebih banyak terhadap warga di jalan Syuhada dan kampung Tel Rumeida. Pihak Israel mendirikan pos-pos pemeriksaan dan pos-pos tentera.

Hebron terhimpit kerana lebih dari lima puluh koloni penempatan Israel yang dihuni sekitar 30 ribu penduduk pendatang Yahudi, dan mereka bekerja untuk memperkuat cengkaman menyeluruh pada kota tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman