Rejim Israel meratakan tempat perkahwinan di utara Tulkarem

Jumaat , 25-09-2020 – Tentera rejim zionis pada awal pagi memusnahkan tempat perkahwinan di kemasukan utama Kampung Jubara di selatan Tulkarem.

Ketua kampung Ihsan Awad berkata, tiga jentolak yang diiringi oleh segerombolan tentera rejim menyerbu kampung itu selepas tengah malam dan memulakan perobohan tempat tersebut secara keseluruhannya.

Satu keluarga Palestin yang tinggal di sebuah apartment kecil di kawasan berkeluasan 900 meter persegi itu dipaksa oleh oleh tentera rejim agar meninggalkan rumah mereka sebelum pemusnahan dijalankan.

sumber : http://english.palinfo.com 
penterjemah : Nur idawati