Rejim Zionis Robohkan Rumah, Telaga di Pekan Beit Awwa, Tebing Barat

Jumaat , 25-09-2020 –  Rejim Zionis pada hari Rabu lalu telah merobohkan kediaman yang sedang dibina milik seorang warga Palestin serta telaga pengumpulan air hujan di pekan Beit Awwa, di barat daya al-Khalil.

Datuk Bandar Beit Awwa Abdul-Kareem Masalma mengatakan bahawa rejim Zionis merobohkan sebuah rumah yang belum selesai milik Mufeed Abu Zanouna di wilayah Khilat Taha di pekan itu, dengan mendakwa kononnya ia dibina tanpa izin.

Beliau menambah bahawa rejim Zionis juga merobohkan dua telaga yang digunakan untuk mengumpulkan air hujan di kawasan yang sama.

Baru-baru ini, rejim Zionis telah mengumumkan kepada penduduk tempatan mengenai rancangan untuk merobohkan tiga kediaman milik mereka di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul