Aktivis HAMAS dan FATAH syahid(doa) hari ini.


Rabu, 29 Sept 2004-Pengganas Israel hari ini telah melakukan pencerobohan di utara Jalur Gaza dan Tebing Barat dan beberapa aktivis HAMAS dan FATAH dilaporkan syahid.

Insiden pertama melibatkan syahidnya Tawfiq Ali Sharafi(22 tahun) dan mencederakan 4 yang lain dalam satu pertempuran dan bandar Bait Lahya
dan Bait Hanun awal hari ini.
(gambar kanan) Mandulkah PBB melihat kezaliman pengganas Israel ini ?

Sharafi dilaporkan adalah anggota brigade al-Din al-Qassam, sayap tentera HAMAS.

Puluhan kenderaan tentera beserta helikopter Apache menyerang ke kawasan berkenaan.
Pengganas Israel turut menyerang Tebing Barat iaitu bandar Nablus pagi ini dan telah membunuh Majdi Khalifa, aktivis FATAH paling dikehendaki,
radio Israel melaporkan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.