Mahkamah Israel menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada seorang remaja Palestin

Rabu , 30-09-2020 –  Mahkamah tentera rejim Israel di Salem pada Ahad menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun kepada seorang remaja Palestin, Samer Abdul-Karim Awais, 17, dari kem pelarian Jenin.

Tentera rejim zionis menahan Awais lebih setahun lepas dan beliau telah disoal siasat dalam keadaan diasingkan dan diseksa selama dua bulan di pusat tahanan Petah Tikva.

Sejak penahanannya, rejim enggan menyatukan beliau dengan bapanya yang juga ditahan, Abdul Karim Aweys, yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati