Rejim Zionis menculik pemuda Palestin dekat penempatan haram di Nablus

Khamis , 01-10-2020 –  Tentera rejim Israel (IOF) pada petang Isnin menculik empat pemuda Palestin dekat penempatan haram di Elon Moreh, timur Nablus utara Tebing Barat.

Menurut saksi mata, IOF mengepung empat pemuda selepas melepaskan tembakan ke udara atas sebab dikatakan yang para pemuda itu cuba membaling bom api dekat penempatan.

Berikutan penahanan mereka, IOF mengarahkan tenteranya agar bersiap siaga di jalan menuju penempatan itu dan di sekitarnya.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati