Corona di Palestin: 11 Kematian, 491 Kes Baharu Dalam Tempoh 24 Jam

Rabu, 7-10-2020 –  Isni lalu Menteri Kesihatan Palestin, Mai Al-Kailah,  mengumumkan 11 kematian, 491 jangkitan koronavirus, dan 592 kes sembuh telah dicatatkan setelah melakukan 4,157 pemeriksaan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Kailah menjelaskan semasa laporan harian epidemiologi COVID-19 bahawa kadar kes sembuh dari coronavirus mencapai 84.9 peratus sementara kadar kes aktif mencapai 14.3 peratus, dan kadar kematian adalah 0.8 peratus dari semua kes.

Beliau memberitahu bahawa dua kematian dicatat di Baitulmaqdis, 8 di Tebing Barat, dan satu di Semenanjung Gaza.

Di Tebing Barat, 356 kes baharu dicatatkan sementara 73 jangkitan dicatatkan di Semenanjung Gaza dan 62 di Baitulmaqdis.

Pecahan kes-kes baharu adalah seperti berikut: al-Khalil (87), Nablus (33), Bethlehem (48), Qalqilya (7), Ramallah dan Al-Bireh (32), Jenin (26), Tubas (2), Jericho dan Al-Aghwar (35), Salfit (3), Tulkarem (98), Semenanjung Gaza (73), pinggiran kota Baitulmaqdis (15), dan Baitulmaqdis (62).

Di Tebing Barat, 419 kes sembuh dicatatkan sementara di Semenanjung Gaza 65 dicatat dan 108 di Baitulmaqdis.

Kes sembuh baharu dicatatkan di: al-Khalil (117), Jenin (19), Tulkarem (59), Jericho dan Al-Aghwar (10), Tubas (5), Salfit (9), Qalqilya (22), Bethlehem ( 70), Nablus (108), Semenanjung Gaza (65), dan Baitulmaqdis (108).

Kailah turut mengumumkan bahawa terdapat 47 pesakit kritikal yang telah dimasukkan ke unit rawatan rapi termasuk 11 yang telah dirawat dengan bantuan alat pernafasan.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul