Sejak Menjajah Israel Telah Robohkan 166 000 Rumah Palestin

Khamis , 08-10-2020 –¬† Pusat Penelitian Tanah dari Persatuan Kajian Arab di Al-Quds mengatakan, sejak awal berdirinya negara Israel telah merobohkan sekitar 165 690 rumah Palestin yang menyebabkan sekitar satu juta warga Palestin menjadi pelarian. Pengusiran¬† warga Palestin di wilayah dalam mahupun luar tanpa prikemanusiaan.

Dalam sebuah pernyataannya, pusat kajian tanah ini menyebutkan, “sepanjang tahun 2020 bersamaan dengan tuntutan agar bangsa Palestin tetap tinggal di rumah masing-masing, pada sembilan bulan pertama wabak corona Israel telah merobohkan 450 rumah dan fasiliti warga. Mereka juga mendorong warga Al-Quds agar merobohkan rumah mereka sendiri. 

Pada tahun ini saja, rumah yang dirobohkan di Al-Quds mencapai 80 buah rumah, iaitu rumah yang dihancurkan oleh pemiliknya sendiri.

Di hari kelima dari bulan Oktober 2020 yang merupakan Hari Habitat Antarabangsa, terutama warga Al-Quds mengalami tekanan akibat tindakan Zionis yang mensasar rumah-rumah Palestin dengan tindakan yang kejam. 

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman