Para pendatang menyerang penggembala di al-Khalil

Jumaat , 09-10-2020 – Sekumpulan pelampau Yahudi pada Selasa menyerang penggembala Palestin di timur Yatta, selatan al-Khalil di Tebing Barat.

Pegawai tempatan, Rateb al-Jabour berkata, sekumpulan pendatang yang diiringi oleh tentera dan pegawai polis menyerang penggembala tempatan di kawasan Thaalah timur Yatta dan menghalang mereka daripada membawa ternakan mereka meragut di kawasan padang rumput atas alasan tanah itu milik negeri.

Jabour menambah bahawa para penggembala tersebut mempertahankan diri mereka dan menegakkan hak mereka untuk membawa ternakan mereka meragut rumput di kawasan itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati