Akhras meneruskan mogok lapar untuk hari ke 73 walaupun kesihatan semakin merudum

Selasa , 13-10-2020 –  Tahanan Maher Al-Akhras meneruskan mogok lapar untuk hari ke 73 di penjara Israel walaupun kesihatan beliau semakin merudum.

Pejabat Maklumat Tahanan menyatakan di laman webnya, “Akhras masih dalam keadaan kesihatan yang teruk. Beliau tidak boleh bergerak dan bercakap serta terbaring di katil sepanjang masa.”

Ia menambah bahawa Akhras tidak boleh bergerak langsung, mengalami rasa pening yang teruk, sakit kepala, dan kini merasa sakit dada kerana masalah jantung. Beliau juga kurang dalam tumpuan, pendengaran dan hilang berat badan dengan banyak.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati