Abu Marzouk: Moscow sudi menjadi tuan rumah kepada mesyuarat kumpulan-kumpulan Palestin

Rabu , 14-10-2020 –  Pegawai kanan Hamas, Mousa Abu Marzouk mengesahkan yang Moscow menyatakan kesediaan untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat setiausaha agung kumpulan-kumpulan Palestin untuk menyumbang kepada kesatuan Palestin dan kerjasama politik.

“Ketika lawatan kami ke Russia, Mikhail Bogdanov, utusan Presiden Putin ke Timur Tengah, menyuarakan kesudian untuk menjadi tuan rumah mesyuarat setiausaha agung kumpulan-kumpulan Palestin,” Abu Marzouk berkata di Twitter.

Satu perwakilan peringkat tinggi daripada Gerakan Hamas pada Khamis lepas tiba di Moscow dan mengadakan mesyuarat penting bersama Bogdanov dan pegawai Russia lain ketika lawatan yang berlangsung beberapa hari itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati