Petani Tebing Barat cedera diserang pendatang Yahudi.

Khamis , 15-10-2020 –  Berpuluh pelampau yang merupakan pendatang haram Yahudi bertindak mengasari dan mencederakan petani warga Palestin dari bandar Burqa, timur Ramallah yang sedang menuai buah Zaitun di ladang mereka.

Sumber tempatan menjelaskan bahawa lebih 50 pendatang Yahudi menyerang sekumpulan  petani yang berada di ladang untuk menuai buah Zaitun yang terletak di bandar itu dengan menyembur serbuk lada dan batang kayu.

Tambah sumber itu lagi, berpuluh-puluh penduduk tempatan datang ke kawasan tersebut untuk membantu dan menolong melindungi petani menuai hasil tanaman mereka manakala anggota tentera Israel masuk campur dengan melindungi pelampau Yahudi dan menghalang penduduk tempatan dari bertindak balas menyerang balik.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin