Tentera Israel: Rakyat Palestin Mencari Mati(Syahid), Bukan Lari


Khamis, 30 Sept 2004 -Seorang tentera Israel menggambarkan kepanikan dan keadaan kelam-kabut kawan-kawannya dan ketidakmampuan mereka menghadapi kumpulan mujahidin(penentang).

Dalam peringatan Intifadhah kelima mendapati meningkatnya jumlah kematian di kalangan tentera Israel dan rakyat penempatan Israel yang terkena serpihan serangan roket Al-Qassam di Gaza, tentera tersebut mengatakan kepada radio Israel semalam, Rabu (29/09/04).

Kami ditugaskan untuk mengancam serta menakut-nakutkan rakyat Palestin, namun kami tidak akan mampu menghentikan serangan roket yang mereka lancarkan. Tentera itu turut menambah, bahawa rakyat Palestin adalah mereka yang sering mencari kematian dan sebaliknya mereka tidak akan lari daripadanya.

Dalam banyak kesempatan di beberapa tempat di Semenanjung Gaza, kami sudah berusaha menghadang serangan itu namun tidak suatu pun yang berjaya. Bahkan serangan roket semakin meningkat dan jumlah kematian di kalangan warga Yahudi turut meningkat.

?Apa yang dilakukan oleh Israel, sebenarnya hanya suatu kerja yang sia-sia dan akan berakhir dengan kegagalan?, kata tentera Israel itu.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.