Remaja Palestin maut diserang tentera Israel.

Rabu , 28-10-2020 –  Seorang remaja Palestin maut selepas cedera parah selepas anggota tentera memukulnya dengan hulu rifel.

Menurut sumber penduduk dan pihak perubatan tempatan, Amir Sanubar, 18 tahun yang tinggal di bandar Yatma, selatan Nablus maut akibat cedera parah setelah anggota tentera rejim menyerang mangsa dengan ganas. Kejadian tersebut berlaku dekat bandar Turmus Ayya, Ramallah.

Saksi menjelaskan, anggota tentera rejim mengejar dan memintas kereta yang dipandu mangsa pada waktu subuh di jalan berdekatan bandar Turmus Ayya, mengheretnya keluar dan terus memukul mangsa menggunakan senapang beberapa kali.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Zainudin