Jalan ke Beirut (Part 1)

Oleh : Hj Azhari (JIM International)
Pesawat Airbus penerbangan MAS MH156Q meluncur keudara pada jam 7.05 pagi hari Selasa 14/9/2004 membawa bersama rombongan 3 orang; Ust. Abdullah Zaik, Ust. Mazlee Malek dan saya sendiri.

Saya mula bertolak dari Taman Melewar pada jam 4.00 pagi dengan kereta proton Wira hijau 1.5 hatchback yang dipandu oleh anak sulung saya. Abdullah adalah anak sulung saya yang dilahirkan di Iskandariah pada tahun 1981 semasa saya berada dalam tahun 3 pengajian di Universiti Iskandariah. Kini dia sudah mula menabur jasa mengenderai bapa nya ke Timur Tengah.
(gambar kanan) Nama-nama syuhada’ (doa) semasa tragedi berdarah Shabra Shatila

Kami saling menalipon antara satu sama lain sejak dari rumah lagi takut- takut tertidur. Malah kami semua tidak dapat tidur kerana “check in” dibuka pada jam 5.00 pagi dan kami perlu bertolak dari rumah tidak lewat dari jam 4.30 pagi.

Setelah pesawat berada di posisi stabil pada paras 10,000 kaki dari paras laut, saya cuba melelapkan mata tetapi tidak dapat juga tidur. Fikiran terus melayang ke Beirut sebuah kota yang belum pernah saya ziarahi sepanjang hayat saya. Yang saya ketahui, Beirut pernah menyandang gelaran ” syurga Timur Tengah ” sebelum perang saudara meletus pada tahun tujuh puluhan. Ia adalah ibu negara Lubnan yang masih belum selesai isu kedaulatan mutlak. Lubnan dikuasai sebahagiannya oleh Syria, Syiah, Kristian Falanjis, Sunni dan Druze. Matawang rasmi pun tiada. Lubnan mengunakan matawang Lira Syria dan USD. Luban khabar nya sebuah negara yang bebas sama seperti New York ! Saya membayangkan bagaimana agak nya keadaan kami di sana nanti.

Terfikir juga impian untuk melihat dengan mata sendiri penderitaan rakyat Palestin yang mendiami khemah- khemah pelarian di Lubnan, Jordan dan….. kalau boleh dapat menyeberangi sempadan. Paling “busuk” pun dapat ke sempadan Palestin melihat pos kawalan tentera Israel dan membaling batu kearah mereka.

Telah lama saya mengidam untuk melangkah setapak dengan langkah berani ke lokasi- lokasi panas seperti Palestin, Iraq dan lain- lain kalau mahu warga JIM khas nya dan masyarakat Malaysia am nya turut berani menjulang panji- panji dakwah. Saya sebenar nya kagum melihat aktivis bukan Islam begitu gigih memperjuangkan isu- isu kemanusiaan dan hak asasi sampai sanggup menerima musibah akibat nya. Mereka tidak mendapat pahala tetapi kita dijanjikan pahala oleh Allah swt. Bagaimana bisa bertemu Allah swt dengan bekalan yang dhaif ini?. Boleh jadi inilah peluang terbaik bagi diri ini untuk menangguk peluang yang tersedia. Allah swt memang memberi banyak peluang tanpa jemu. Cuma diri ini tidak rakus atau tamak merebut nya.

Kami “transit” selama satu jam di Dubai. Lapangan terbang Dubai lebih kecil dari KLIA tetapi terdapat begitu banyak kedai- kedai termasuk kedai kereta mewah. Kata orang Dubai ialah kota membeli belah ( shopping haven ).

Selepas membersih diri saya sempat membuat “window shopping” sebelum panggilan “boarding” di pintu 17 bergema. Di Dubai ada penumpang baru mengikuti penerbangan ke sana. Kami terus ke Beirut…………..

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.