COVID-19: 7 Kematian, 976 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Selasa, 17-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Ahad melaporkan tujuh kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus), 976 ujian positif baru, dan 585 kes pulih di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, lima dari mangsa baharu yang meninggal dunia akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, dan dua dari Semenanjung Gaza.

39 pesakit COVID-19 yang tenat dilaporkan menerima rawatan intensif di hospital, dan 10 daripadanya telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

87.5 peratus daripada jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.6 peratus dan kadar kematian adalah 0.9 peratus dari jumlah kes, menurut data yang dikemas kini oleh kementerian hari ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul