Bukairat : Penambahan masa lawatan kepada peneroka haram di Masjid Al-Aqsa adalah tindakan yang bahaya.

Rabu, 18-11-2020 – Sheikh Najeh Bukairat telah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan polis Zionis Israel untuk menambahkan 45 minit masa lawatan kepada peneroka haram Yahudi di Masjid Al-Aqsa adalah langkah yang berbahaya ke arah pemecahan sempadan di tanah suci itu.

Dalam kenyataan akhbar, Sheikh Bukairat , Timbalan ketua Pentadbiran Awqaf di Jerusalem telah menjelaskan langkah berkenaan sangat berbahaya dalam niat Israel untuk menukar kawasan Masjid Al Aqsa secara keseluruhan dan meletakkan syarat tanpa rundingan  di tanah suci itu,

Beliau memberi amaran tentang usaha Israel untuk menidakkan kehadiran Palestin di Masjid Al Aqsa melalui alasan yang tidak masuk akal seperti mengusir pengawal dan pekerja di Masjid Al Aqsa, meletakkan syarat ke atas pengunjung Islam dan melarang mereka memasuki kawasan Al Aqsa untuk solat jumaat.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad