Lebih 100 Peneroka Haram Cemari Masjid Al-Aqsa Ketika Lawatan Pagi

Rabu, 18-11-2020 – Puluhan peneroka Yahudi yang dikawal oleh pasukan polis mencemari Masjid Al-Aqsa pada hari Isnin pagi.

111 peneroka, termasuk 75 pelajar dari beberapa institusi Yahudi, memasuki Masjid melalui Pintu al-Maghariba dan melakukan beberapa ritual sebelum berkumpul di kawasan timur kawasan suci Islam tersebut.

Masjid Al-Aqsa terdedah kepada pencemaran setiap hari oleh peneroka haram dan pasukan polis Yahudi setiap pagi dan petang kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Polis Israel menutup Pintu al-Maghariba, yang digunakan oleh orang Yahudi untuk memasuki Masjid, pada pukul 10:30 pagi setelah para peneroka selesai lawatan pagi mereka di tempat suci berkenaan. Pada sebelah petang, pintu yang sama dibuka semula untuk lawatan petang oleh peneroka haram.

Semasa kehadiran peneroka di perkarangan Masjid, sekatan masuk dikenakan ke atas jemaah Islam di pintu masuk yang menuju ke Masjid dan kad pengenalan mereka dirampas sehingga mereka meninggalkan tempat suci itu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul