COVID-19: 11 Kematian, 1158 Kes Baharu di Palestin Dalam Tempoh 24 Jam

Khamis, 19-11-2020 – Kementerian kesihatan Palestin pada hari Selasa melaporkan 11 kematian baharu yang berkaitan dengan COVID-19 (coronavirus) dan 1,158 ujian positif baharu di Tebing Barat, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam terakhir.

Menurut laporan harian kementerian, enam dari mangsa baharu yang meninggal akibat virus itu berasal dari kawasan yang berlainan di Tebing Barat, tiga dari Baitulmaqdis, dan dua dari Semenanjung Gaza.

44 pesakit COVID-19 yang kritikal juga mendapat rawatan intensif di hospital, dan sembilan daripadanya telah ditempatkan di bawah alat bantuan pernafasan.

87.5 peratus daripada jumlah kes telah pulih dari penyakit ini, sementara kadar kes aktif telah mencapai 11.6 peratus dan kadar kematian adalah 0.9 peratus dari jumlah kes, menurut data yang dikemas kini oleh kementerian hari ini.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Ezatul