5 Anggota Jihad Islami Cedera Semalam.


Rabu, 19/03/08 –
Sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin, termasuk tiga anggota Jihad Islam tercedera malam Selasa lalu selepas satu pesawat peninjauan Israel mensasarkan kenderaan mereka di bandar Beit Lahai, utara Semenanjung Gaza, sumber keselamatan dan perubatan Palestin mengesahkannya untuk wartawan PIC.

Menurut sumber itu, pesawat Israel itu telah melepaskan peluru berpandu udara ke darat mengenai sebuah kereta di mana tiga anggota pejuang Jihad Islam sedang dalam perjalanan yang mencederakan mereka serta dua orang yang sedang melalui jalan itu.

Sumber itu menyatakan sekurang-kurangnya dua penduduk Palestin yang cedera dalam keadaan “amat serius”. Bagaimanapun, saksi-saksi di kawasan tersebut berpendapat peluru itu telah dilepaskan oleh sebuah kereta kebal Israel yang berpangkalan di sempadan Semenanjung Gaza dan bukannya daripada pesawat terbabit.