Hamas: Inisiatif Yaman Masih Terhalang oleh Kumpulan Ramallah.


Khamis, 21/03/08 – Gerakan Hamas menegaskan kembali sikapnya yang sedia berdialog dengan gerakan
Fatah untuk menamatkan perpecahan dalam negeri.


Pernyataan ini disampaikan oleh jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri dalam pernyataan
akhbarnya kelmarin. Beliau menyatakan, pernyataan Menteri Luar Yaman, Abu Bakar
Al-Qurbi yang menjelaskan tidak ada pertentangan antara Hamas dan Fatah berkenaan
inisiatif Yaman. Beliau mengatakan, belum ada sebab serius bagi Fatah untuk
memulakan kembali dialog.

Abu Zuhri menyatakan kekecewaanya atas sikap Presiden Palestin Mahmud Abbas yang
tidak memberikan harapan terhadap insiatif tersebut. Ini menunjukkan pihak Abbas
tidak serius untuk memulakan dialog.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.