Abu Zuhri: Kami Tolak Para Perusuh Kembali ke Gaza.


Isnin, 24/03/08 –
Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menegaskan, Hamas menolak kedatangan kembali Pihak Keselamatan Abbas yang pernah membuat kekacauan ke Gaza.

Abu Zuhri sangsi dengan keinginan Presiden Abbas untuk menjayakan dialog, kerana
terbukti beliau tidak mahu mengambil keputusan mengadakan dialog dengan Hamas.

Dalam pertemuan dengan masyarakat di Masjid Al-Daruquthni di wilayah Syujaeya (Sabtu
malam (22/3) Abu Zuhri mengatakan, Abbas sering teragak-agak dalam mengambil
keputusan sama ada ingin mengadakan dialog dengan Israel ataupun Hamas.Ternyata
beliau memilih berdialog dengan Israel. Ini kerana keputusannya sangat dipengaruhi
oleh keputusan Amerika dan Israel bukan Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.