Jamal Al-Khudari : Pecahkan Kepungan Gaza.

Isnin, 24/03/08 –
Ahli Parlimen, Jamal Al-Khudari selaku pengerusi jawatankuasa popular terhadap pengepungan, memanggil satu sidang kemuncak Arab bertujuan untuk memecahkan kepungan di Semenanjung Gaza serta membuka lintasan untuk menyelamatkan Gaza daripada “perang genocidal Zionis”.

Khudari ketika menghadap satu pasukan berkawat pengakap Gaza Ahad lalu merayu kepada Mesir untuk membuka terminal sempadan Rafah sambil menambah, “Membukanya merupakan satu bantuan penyeberangan seperti pembukaan awal lalu yang membenarkan beribu-ribu pesakit dan pelajar-pelajar keluar serta membenarkan kemasukan perubatan dan barang-barang bantuan lain”.

Beliau juga meminta negara-negara Arab untuk menghantar bahan api ke Gaza melalui Mesir serta menambah, “Adalah tidak munasabah yang Gaza masih di bawah pengepungan dan pencerobohan sedangkan dunia Arab hanya memerhatikannya”.

Khudari meminta lebih banyak perhimpunan-perhimpunan dan demonstrasi perpaduan sebagai menunjukkan Gaza masih bernyawa dengan keperluan hidup yang minima.