Pembebasan Tokoh Pengasas Hamas di Gaza


COMES: -Laporan terbaru menyatakan pihak Israel telah membebaskan Muhammad Toha ‘Abu Aeman’ (68 tahun) salah seorang pendokong Gerakan Islam HAMAS dan termasuk salah seorang pemimpin lama bagi jama’ah Ikhwanul Muslimin di wilayah Gaza. Beliau dibebaskan setelah menjalani tempoh tahanan selama 14 bulan di penjara Israel.

Seorang koresponden Islamonline.net di Gaza mengatakan:”Ratusan pemuda Palestin menjunjung dan mengaraknya ke jalan-jalan kem di el-Buraij sebagai meraikan kebebasannya daripada tahan pihak Zionis

Sebelum daripada itu , Israel telah menahan Toha dan tiga anaknya (Aeman, Abdurrahman dan Abdullah) setelah merobohkan rumahnya dalam satu serbuan di kem el-Buraij pada 03/03/2003 lalu. Dalam serbuan itu Toha dan anaknya, Aeman tercedera dan terus dikejarkan ke Hospital Saroka di Kota Bi?r Sabu?. Setelah itu, kedua-duanya dimasukkan ke penjara di Nafha.

Walaupun pihak Israel tidak mempunyai bukti yang kukuh, tuduhan yang tidak berasas, namun Abu Aeman tetap ditahan dan dipenjara. Namun anaknya, Abdullah telah dibebaskan terlebih dahulu pada 07/08/2003. Sementara itu, kedua anaknya yang lain, Aeman dan Abdurrahman masih merengkok di dalam penjara bagi menghadapi hukuman 3 tahun.

Dalam kejadian berdarah sebelum itu, pesawat-pesawat pejuang Israel telah membunuh anaknya yang lain, Yaser Toha (25 tahun) pada 12/06/2003. Dalam peristiwa itu, isteri Yaser turut dibunuh bersama puterinya yang masih kecil, Khaulah . Turut syahid dalam kejadian itu ialah 4 warga Palestin. Yaser dituduh oleh pihak zionis Israel sebagai pemimpin yang berpengaruh bagi Brigade Al-Qassam di Gaza.

Siapakah Syaikh Toha ?

Syeikh Muhammad Toha ‘Abu Aeman’ adalah seorang tokoh yang termasuk dalam generasi pertama jama’ah Ikhwanul Muslimin di Palestin dan juga merupakan salah seorang pengasas HAMAS. Pernah diusir oleh zionis Israel pada tahun 1992 ke Maraj Zuhur dalam operasi pengusiran besar-besaran terhadap 415 pemimpin Hamas dan Jihad Islami.

Abu Aeman pernah ditangkap beberapa kali oleh Israel dan pihak Berkuasa Palestin. Beliau mendapat ijazah sarjana di bidang syari’at dan mengajar di sekolah-sekolah yang dikelola oleh UNWRA (lembaga bantuan PBB untuk rakyat Palestin) selama lebih 30 tahun. Beliau juga merupakan seorang hakim syar?ie. Beliau juga dikenali sebagai salah satu tokoh reformis yang terkenal di bandar Gaza ditambah lagi beliau merupakan salah seorang penceramah yang hebat di sana.