Hentikan Jenayah Terhadap Wartawan.


Rabu, 26/03/08 – Blok Wartawan Palestin (PJB) Selasa lalu memberi amaran senarai jenayah yang dilakukan oleh pasukan keselamatan PA terhadap wartawan-wartawan Palestin menjadi semakin panjang dan ini adalah masanya untuk menghentikan jenayah seumpama itu.

Blok itu juga memberitahu dalam satu kenyataan dengan satu salinan telah diperolehi PIC, mereka telah melahirkan kebimbangan berikutan wartawan Palestin Mohammed Al-Keik dari bandar Al-Khalil kini berada di bawah tahanan di penjara PA selama 14 hari tanpa satu petunjuk pun bila dia akan dibebaskan.

Mereka menambah wartawan Palestin yang lain, Musa’ab Kataloni yang telah ditangkap sebelum Keik pernah menjadi tahanan selama 20 hari kini mengalami keadaan kesihatan yang semakin buruk.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.