Khaled Mishaal gesa Negara-negara Arab menyokong deklarasi Sana’a.


Khamis, 27/03/08 –
Pemimpin kanan Pergerakan Hamas dan ketua Biro Politiknya, Khaled Mishaal berkata beliau telah menghubungi beberapa orang pegawai dan pemimpin negara –negara Arab dengan tujuan untuk menjelaskan berkenaan intipati deklarasi Sana’a dan memohon sokongan mereka.Pergerakan Hamas dan Fatah menandatangani inisiatif Yaman pada Ahad lepas, di Bandar Sana’a dibawah kelolaan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang menggesa dialog nasional diantara dua buah kumpulan besar di arena Palestin itu dalam usaha untuk menghentikan pergeseran politik diantara mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penarangan Hamas yang diperolehi salinannya oleh pihak PIC, Khaled Mishaal telah menghubungi pemimpin Yaman dan berterima kasih kepada mereka diatas usaha yang gigih yang dilakukan untuk menemukan kedua-dua buah pergerakan tersebut.Pergerakan itu juga menyebut, Mishaal telah berbicara dengan beberapa orang pemimpin Arab melalui telefon, dan juga bersama Amre Musa, Setiausaha Agung Liga Arab, dan memberi taklimat kepada mereka berkenaan intipati deklarasi tersebut, seterusnya menggesa mereka untuk menyokongnya semasa sidang Liga Arab yang akan datang di Damascus.

Deklarasi Sana’a yang telah ditandatangani oleh delegasi Fatah ke Sana’a yang diketuai oleh Ahli Parlimennya Azzam Al-Ahmad dan Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzouk, menegaskan untuk penyatuan secara geografi tanah di Palestin dimana kedua-dua pihak bersetuju bahawa deklarasi itu sebagai satu rangka kerja untuk menyambung dialog nasional dan berbincang berkenaan dengan perselisihan pendapat diantara mereka.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.