Salam Fayad dan Ehud Barak Jalin Hubungan Kerjasama ?

Jumaat, 28/03/08 Pergerakan Hamas Rabu lalu berpendapat mesyuarat antara menteri pertahanan Israel, Ehud Barak dan perdana menteri kerajaan tidak rasmi PA, Salam Fayad di Ramallah adalah “bersifat sekuriti tulen”.

Fawzi Barhoum, selaku jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza dalam satu siaran akhbar berkata sasaran mesyuarat ialah meningkatkan hubungan mereka dalam bidang keselamatan yang menyasarkan dakwaan terhadap pejuang penentang Palestin dan menundukkan mereka. Beliau berkata usahasama itu adalah dalam melaksanakan arahan Zionis-Amerika terutamanya berikutan lawatan pegawai tertinggi Amerika seperti Setiausaha Negara, Naib Presiden dan komander keselamatan ke negara berkenaan.