Kerajaan Sementara Berusaha Untuk Menyambungkan Rangkaian Elektrik.


Jumaat, 28/03/08 Setiausaha Agung kabinet kerajaan sementara PA, Dr. Mohamed Awad menyatakan kerajaannya sedang berusaha untuk menyambungkan rangkaian elektrik Gaza dengan Mesir untuk menamatkan penderitaan rakyat Gaza dan krisis tenaga yang disebabkan oleh sekatan dariapda pihak Israel.“Pihak kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk tujuan ini dan fasa pertama projek ini yang menghubungkan Gaza dan Mesir akan dilaksanakan nanti”, katanya semasa lawatan ke pejabat Pihak Berkuasa Tenaga dan Sumber Asli di Gaza.

Pegawai kerajaan itu juga menegaskan perbincangan bersama pihak Mesir untuk menghubungkan rangkaian tersebut dan meningkatkan saiz kuasa elektrik di Gaza masih berjalan, dan juga sedang beruasaha untuk mewujudkan mekanisma untuk menjamin pengagihan petrol dan disel kepada sektor perkhidmatan dengan adil dan saksama.

Timbalan Pengerusi Pihak Berkuasa Tenaga, Kanaan Obeid, menjelaskan bahawa projek yang dibiayai oleh Bank Pembangunan Islam tersebut akan disiapkan pada tahun 2010, dan menambah pada peringkat pertama akan juga dibina dua buah terminal pengubah kuasa dan rangkaian penghantaran dari Stesen Kuasa Arish hingga ke Gaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.