Hamas dan Jihad Islami Bertemu di Mesir.


Jumaat, 28/03/08 –
Delegasi Hamas dan gerakan Jihad Islami bertemu di Mesir pada pagi Khamis lepas bagi meneruskan perbincangan beberapa isu terutama mengenai perbicangan damai sementara dengan tentera penjajah Israel dan pembukaan sempadan penyeberangan Rafah.

Di dalam kenyataan ekslusif, Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menyatakan bahawa pergerakan tersebut amat cenderung kepada perdamaian dan menyatakan bahawa setiap perbincangan damai mestilah bersifat sepakat, serentak dan menyeluruh.

Dr Abu Zuhri juga berkata bahawa ugutan berterusan daru perdana menteri Israel Ehud Olmert terhadap Gaza menunjukkan bahawa keganasan berterusan terhadap penduduk Palestin sememangnya kehendak Israel sedangkan Hamas bersedia bagi semua pilihan untuk kepentingan penduduk Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.