Israel Robohkan Bangunan Palestin Di Kharba Saimiya Hebron

Rabu, 23-12-2020 – Pasukan penjajah Israel, Isnin (21/12) merobohkan bangunan milik warga Palestin, di samping gudang dan perigi sumber air di Kharbah Saimiya berdekatan kota Samu, Hebron.

Menurut sumber tempatan, bulldozer milik Israel menolak dua buah bangunan penginapan yang diduduki 20 orang anggota keluarga, selain kandang ternak dan perigi.

Koordinator perjuangan rakyat di Hebron selatan, Ratib al-Jabur melaporkan, pasukan Israel merobohkan sebuah rumah milik seorang warga, Syahdah Riziq Abul Jian, di kawasan seluas 200 meter persegi.

Rumah lainnya milik dua orang warga, Ahmad Sulaiman dan Hamad Riziq abul Jian, seluas 90 meter dan sebuah perigi serta kandang ternak di kawasan seluas 500 meter.

Warga Palestin di Kharbah Saimiya berdekatan kota Sam terus berhadapan dengan kejahatan zionis dalam pelbagai bentuk. Mereka dilarang membangun dan membaiki rumah mahupun bertani. Selain itu mereka dilarang membina jalan dengan tujuan untuk mengusir warga dari kawasan tersebut.

Kawasan Kharbah Saimiya termasuk sebahagian daripada kota Samu, terletak di wilayah Barat yang dipisahkan dengan jalan lintas yang dikenal dengan KM 60, dan menjadi nadi kehidupan yang menyambungkan antara penempatan di kawasan Hebron dengan wilayah Palestina jajahan tahun 48, dan berada di kawasan C menurut perundingan Oslo, yang dikelilingi 5 penempatan Zionis.

Kawasan ini tidak mendapatkan fasiliti minimum, sehingga kebanyakan warga terpaksa meninggalkan rumah dan ladang mereka atas tekanan penjajah Israel.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman