Tiga warga Palestin diculik oleh IOF di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis

Rabu, 06-01-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Sabtu menculik tiga pemuda Palestin di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis.

Menurut sumber tempatan, IOF menculik seorang pemuda di kawasan al-Birin di selatan kota Qalqilya dan seorang kanak-kanak dekat pemisah utara kota.

Di Baitulmuqaddis, polis rejim menyerbu Beit Hanina dan menculik seorang remaja berusia 19 tahun atas tuduhan memiliki senjata.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati