IOF membunuh warga Palestin atas tuduhan cubaan menikam di Tebing Barat

Sabtu, 09-01-2021 – Tentera rejim zionis (IOF) pada petang Selasa menembak seorang pemuda Palestin secara kejam atas alasan beliau cuba melakukan serangan tikaman di selatan Bethlehem.

Menurut media Hebrew, pemuda tersebut ditembak mati oleh tentera di pos pemeriksaan dekat penempatan Gush Etzion di selatan Bethlehem.

IOF mendakwa pembunuhan itu adalah berasas atas dakwaan pemuda tersebut sedang memegang kapak dan tidak mempedulikan jeritan daripada tentera agar berhenti.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati