Rejim Zionis memaksa penduduk Jerusalem meruntuhkan sebahagian dari rumah beliau

Selasa, 12-01-2021 – Rejim Zionis Israel memaksa keluarga Jerusalam untuk merobohkan sebahagian dari rumah mereka di daerah Ras al-Amud, bandar Silwan atas alasan membina bangunan tanpa permit.

Sumber tempatan melaporkan rejim Zionis Israel memaksa penduduk Jerusalem, Hatem al-Salaymeh untuk merobohkan sebahagian dari rumah dimana telah didiami sejak 20 tahun bersama isteri dan tiga orang anak.

Rejim Zionis Israel mengugut Hatem, mereka akan memusnahkan keseluruhan rumah beliau sekiranya beliau enggan meruntuhkan sebahagian dari rumahnya.  Hatem telah membayar ufti tahunan sebanyak 70,000 shekels untuk bahagian rumah ini sepanjang 20 tahun.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad