Tentera Israel Tembak Seorang Pemuda Palestin Di Gerbang Jericho

Selasa, 12-01-2021 – Pasukan penjajah Israel, Khamis (7/1) menangkap seorang pemuda Palestin setelah menembaknya di gerbang kota Jericho.

Menurut saksi di lokasi, pasukan Israel yang berkumpul di gerbang Jericho Utara, melancarkan tembakan ke salah seorang pemuda sehingga cedera sebelum kemudian menangkapnya.

Disebutkan bahawa pasukan Israel secara intensif berkumpul di lokasi dan menembak para pemuda Palestin, bertepatan dengan penutupan gerbang utara kota dan memeriksa identiti para pelawat.

Dalam pada itu, pasukan Israel menolak dan meratakan tanah luas di kawasan kota Baruqin dan Kafr Dik, Salfit barat.

Dato Bandar Kafr Dik, Ibrahim Isa dalam keterangan akhbarnya menyebutkan, bulldozer Israel menolak tanah pertanian yang terletak di kawasan bahagian utara, dekat penempatan Baruchin.

Penjajah Israel berusaha membina jalan baru untuk kepentingan penduduk Yahudi dengan mengorbankan tanah milik penduduk yang disita untuk pembangunan penempatan Yahudi.

Penolakan tanah berlaku kurang dari 24 Jam setelah sebelumnya mereka menebang lebih daripada 1000 pohon zaitun di Der Balut, Salfit barat dalam usaha membangunkan 1400 unit penempatan Yahudi di kawasan tersebut.

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : Osman