Haneyya bertemu Emir Qatar, membincangkan perkembangan di Palestin

Rabu, 13-01-2021 – Ismail Haneyya, pemimpin Hamas bertemu dengan Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani pada Ahad di pejabatnya di Emiri Diwan, Doha.

Pada awal pertemuan, Haneyya mengucapkan tahniah atas perdamaian Teluk dan keputusan positif di kemuncak Majlis Kerjasama Teluk pada sesi ke 41nya.

Ketika pertemuan, perkembangan di Palestin dibincangkan. Haneyya memaklumkan perkembangan terbaru di Palestin, terutamanya tentang usaha mengukuhkan kesatuan kebangsaan Palestin.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Nor idawati