Polis rejim Zionis membenarkan peneroka haram Yahudi mencemari Masjid Al-Aqsa

Rabu, 13-01-2021 РPolis rejim Zionis Israel pada hari Isnin membenarkan peneroka haram Yahudi untuk mencemari Masjid Al-Aqsa tanpa mematuhi perintah berkurung virus  Corona sedang berlangsung. 

Mengikut laporan tempatan, kumpulan peneroka yahudi ekstrimis diketuai oleh pendita mereka memasuki kawasan Masjid melalui pintu Al-Maghariba, menerokai kawasan perkarangan Masjid dan melaksanakan upacara ibadah yahudi.Polis rejim zionis menggunakan alasan untuk mengekang penyebaran virus Covid bagi melaksanakan perintah berkurung ke atas tanah suci.

Mereka juga meletakkan larangan pergerakan bagi warga Palestin seperti tidak membenarkan pergerakan lebih dari 1000 meter dari rumah, melainkan atas situasi tertentu.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : Hairul Ahmad