11 000 Banduan Akan Mogok Lapar Besar-besaran Sempena Hari Banduan Palestin.

Rabu,9/4/2008 – Lebih 11000 banduan Palestin mengumumkan hasrat mereka untuk mengadakan mogok lapar secara besar-besaran di semua penjara Israel pada 17 April bersempena dengan hari banduan Palestin dan juga pencabulan yang dilakukan oleh pihak berkuasa penjara Israel keatas hak kemanuasiaan mereka.

Pihak banduan menuduh institusi antarabangsa telah mengabaikan kebajikan dan meninggalkan tanggungjawab untuk melindungi hak-hak mereka.Dalam perkembangan yang sama, institusi-institusi dan organisasi yang aktif di Semenanjung Gaza dan bandar-bandar lain yang dicerobohi akan mengadakan aktiviti dan acara-acara keraian sebagai tanda menyokong banduan-banduan Palestin di penjara Israel ini.

Semasa lawatan ke Penjara Shatta oleh peguam daripada Pertubuhan Nafha yang ditubuhkan untuk melindungi hak kemanusiaan dan banduan, seorang banduan daripada pemimpin Hamas, Adnan Asfour, menyatakan bahawa pihak pengurusan penjara sedang merencana pembahagian dan salah tanggapan diantara banduan-banduan melalui proses pengasingan dan membezakan mereka melalui fahaman politik masing-masing.

Menurut peguam Nafha tersebut, pihak penguasa penjara Israel telah melanjutkan penahanan keatas 17 orang banduan Palestin tanpa mengenakan apa-apa tuduhan kepada mereka, dan beliau menambah, pihak IPA juga telah melanjutkan tahanan keatas Ma’moon Dahab untuk kali yang kelima berturut-turut.